PENDAFTARAN KEAHLIAN KESTAR 18

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Semua Pemain Sepak Takraw Presint 18, Putrajaya
Semua Penduduk Presint 18 / Semua Penduduk Putrajaya

Dimaklumkan bahawa pendaftaran Kelab Sepak Takraw Presint 18 (KESTAR 18) telahpun mendapat sijil kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PSM). Nombor Pendaftaran 4389/2011 yang bertarikh 11.03.2011.

Sehubungan dengan itu, dipohon kepada pemain-pemain Sepak Takraw di Presint 18 atau sekitarnya berdaftar dengan KESTAR 18. Ini akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran Kelab dalam menjalankan aktiviti seperti kejohanan, perlawanan persahabatan,latihan dan lain-lain riadah yang berkaitan dengan kesihatan.
Yuran Pendaftaran - RM5.00 & Yuran Tahunan - RM24.00 (RM2.00 sebulan).

Sila datang ke Gelanggang Takraw Presint 18R13 pada setiap petang untuk mendapatkan borang pendaftaran atau hubungi :-
Sdr. Azam Shah (Timb. Pengerusi) - 019-2701109 - Wakil Fasa 18R8 ;
Sdr. Norhafizi (Setiausaha KESTAR 18) - 012-6635905 - Wakil Fasa 18R12 ;
Sdr. Mohd Khairul Ezhan (Bendahari) - 013-6770652 - Wakil Fasa 18R13 ;
Sdr. Mohd Mahyudin (AJK) - 013-3500475 - Wakil Fasa 18R4 atau
mana-mana Ahli Jawatankuasa Penaja KESTAR 18.

Sekian, terima kasih.

'Sukan Untuk Kesihatan & Penyatuan Masyarakat'

Saya yang ikhlas,


(Ahmad Sabri bin Zakaria)
Pengerusi Penaja KESTAR 18
Putrajaya.
H/P : 014-7123747        E-mel : sabri.kestar18@yahoo.com
13 April 2011

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PRESINT 18 YANG JULUNG KALI DIADAKAN

AGM KESTAR18 BAGI TAHUN 2018