Catatan

AGM KESTAR18 BAGI TAHUN 2018

Imej
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya Kelab Sepak Takraw Presint 18 berjaya menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Kestar18 bagi sesi 2017-2019. Saya selaku Pengerusi baru KESTAR 18 mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah & syabas kepada Semua AJK baru KESTAR 18 yang telah dilantik bagi sesi ini. Saya amat berharap kerjasama, sokongan dan idea tuan-tuan akan dapat merealisasikan program dan aktiviti yg akan dijalankan untuk ahli Kestar18 . Ucapan terima kasih juga kepada semua AHLI KESTAR 18 dan pemain-pemain sepak Takraw Presint 18 juga ahli ahli baru serta semua yang telah menyokong dan membantu dalam merealisasikan program dan aktiviti kelab ini. Semoga dengan kewujudan laman blog KESTAR 18 ini, maka segala info dan perrkembangan berkenaan dengan aktiviti KESTAR 18 akan dapat disebar dengan cepat dan meluas. Terima kasih kepada Sdr. Mohd Mahyudin yang telah membangunkan laman blog kita ini. Semoga usaha m

Kembali Beraksi

Imej
Assalamualaikum W.R.T Salam sehati sejiwa kepada semua, terutamanya peminat &  pemain sukan sepak takraw seantero dunia. Sekian lama blog ini tidak  dikemaskini.. kini kami telah kembali............... SIAPPP!!! KESTAR 18 masih lagi aktif dan masih ramai pengiat sukan tradisi ini beraksi di gelanggang kami. Kami baru sahaja selesai mengadakan AGM dan pelantikan AJK KESTAR 18 pada 23 Febuari 2018 yang lalu. Insha Allah  dengan barisan kepimpinan yang telah dipilih akan memberikan nafas & harapan baru kepada pembangunan kelab ini. Kami ingin mengucapkan TAHNIAH kepada En. Shahzan a.k.a Bro Mamu @ Shary Anak Terry yang telah lantik  sebagai Pengerusi KESTAR 18 serta barisan ahli-ahli jawatankuasa.  Carta organisasi bagi kepimpinan KESTAR 18 bagi Sesi 2018/2019 akan dikemaskini pada posting selanjutnya. Kami amat berbesar hati menjemput kepada semua yang berkelapangan dan berminat bermain berkunjung ke gelanggang kami pada masa ini bertemp

PEMILIHAN BAKAT BARU SEPAK TAKRAW PUTRAJAYA TAHUN 2011

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera, Semua Ahli KESTAR 18 & Pemain Takraw Presint 18, Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Sepak Takraw Putrajaya (PESTAP) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPJ) akan membuat pemilihan bakat baru bagi mewakili Putrajaya dalam sukan Sepak Takraw. Sesi pemilihan akan di adakan seperti berikut :- Tarikh:    16 September 2011 (Jumaat) Masa  :    8.30 pagi Tempat : Gelanggang Takraw Kompleks Kejiranan Presint 11 Pakaian : Berpakaian sukan yang sesuai dengan permainan sepak takraw Sehubungan dengan itu, para pemain yang telah menghantar borang permohonan tempohari dikehendaki/diwajibkan hadir pada ketetapan seperti di atas. Pemilihan dibuat oleh pegawai berpengalaman dalam bidang sukan sepak takraw melalui pertandingan yang dianjurkan pada sesi pemilihan. Kerjasama dan komitmen tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian dan harap maklum. Pengerusi KESTAR 18. p/s : Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H & S

PEMILIHAN PEMAIN MEWAKILI PUTRAJAYA

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera, Semua Ahli KESTAR 18, Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Sepak Takraw Putrajaya (PESTAP)  dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPJ) akan membuat pemilihan pemain/mengcugkil bakat baru  bagi mewakili PESTAP dalam Kejohanan Sepak Takraw pada peringkat Wilayah Persekutuan atau Kebangsaan. Pemilihan pemain akan dibuat oleh PESTAP melalui prestasi yang ditunjukkan dalam Pertandingan Tengkorak yang akan dianjurkan oleh PESTAP selepas hari raya nanti. Seramai 30 pemain akan dipilih untuk menjalani latihan intensif dan tidak terikat dengan mana-mana perjanjian perasatuan-persatuan sepak takraw negeri lain. Sehubungan dengan itu, memohon semua ahli yang berminat dan komited untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi diharap dapat mendaftar nama dengan mengisi borang yang disediakan oleh PESTAP. Sila hubungi saya / Sdra Asri / Sdra Azam untuk mendapatkan borang tersebut. Tarikh tutup permohonan pada 24 Ogos 2011. Sediakan sekeoing gamba

KEJOHANAN SEPAK SEPAK TAKRAW TERTUTUP PRESINT 18

Imej
Kejohanan berlangsung pada 16 Julai 2011 Bertempat di Gelanggang Takraw Fasa 18R13 Pengerusi Kelab Sukan Presint 18R12 & R13 menyampaikan hamper dan Wang Tunai kepada Regu Johan (A.Sabri-Tekong / Nizam Polis-Killer / Naza-Feeder) Gaya Tekong Kudo...

MESYUARAT JAWATANKUASA KESTAR 18 BIL. 4 TAHUN 2011

Assalamualaikum w.b.t & Salam 1Malaysia, Semua Ahli Jawatankuasa KESTAR 18 Putrajaya MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KE-4 TAHUN 2011 Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Mesyuarat Jawatankuasa KESTAR 18 akan diadakan seperti kettapan berikut:- Tarikh : 18 Julai 2011 (Isnin) Masa  : 9.00mlm Tempat : Bilik Operasi KESTAR 18, Blok D, Apartment 18R13. Agenda : > Ucapan Pengerusi > Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu > Perkara Berbangkit > Pembentangan Kewangan Oleh Bendahari > Laporan Aktiviti Oleh Setiausaha > Hal-hal lain jika ada > Penutup Untuk makluman semua AJK, sebelum mesyuarat bermula kita akan mengadakan Solat Hajat di Bilik Operasi KESTAR 18. Kehadiran tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Pengerusi KESTAR 18 PUTRAJAYA >

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW (TERTUTUP) PRESINT 18 BULAN JULAI 2011

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia, Semua Ahli KESTAR 18 & Pemain Sepak Takraw Presintt 18, Dimaklumkan Kejohanan Sepak Takraw (Tertutup) Presint 18 @ Tengkorak Presint 18 Bagi Bulan Julai 2011 akan diadakan seperti ketetapan berikut :         Tarikh     : 17/07/2011 (Ahad)         Masa      : 8.00pg - 6.45ptg         Tempat   : Gelanggang Takraw Presint 18         Yuran Penyertaan : RM10.00 / Seorang         Tarikh Tutup : 16/07/2011 Untuk makluman tuan-tuan, aktiviti Kejohanan Sepak Takraw akan berehat sepanjang bulan Ramadhan. Diharap sambutan kali ini lebih menggalakkan dan mendapat penyertaan ramai. Dimaklumkan juga, KESTAR 18 telah mempunyai Bilik Operasi beralamat di Kedai 1, Blok D, Apartment 18R13, Presint 18. Insyaallah, pejabat ini akan beroperasi dalam masa terdekat. Terima kasih kepada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), JPM yang telah menyediakan kemudahan untuk KESTAR 18 demi kemajuan sukan dan kesihatan penduduk di Presint 18 khasnya dan Putrajaya am